Niat Puasa dan Misteri "Souma Ghadin"


Dalam episod kali ini aku ingin menyentuh 2 perkara berkaitan puasa.

Perkara pertama yang aku nak sentuh adalah berkaitan perkara basic yang sepatutnya setiap orang Islam mengetahuinya (maka sila jangan anggap aku ustaz atau orang alim sebab benda ni benda basic) iaitu tentang niat puasa untuk sebulan.

Dalam 2 tahun lepas (2007) masa aku solat kat Masjid University Yarmouk, Jordan, ada seorang sheikh telah menyampaikan ceramah ringkas selepas solat berkaitan puasa.. Sheikh tersebut adalah seorang sheikh yang terkenal (tapi aku lupa nama beliau)...beliau adalah bekas pensyarah Ustaz Zaharuddin .

Beliau memberitahu bahawa dalam mazhab Syafie niat puasa wajib dilakukan untuk setiap hari berpuasa.. niat berpuasa untuk sebulan adalah tidak sah menurut mazhab Syafie.

Tambah beliau, hari-hari puasa dalam bulan Ramadhan adalah satu ibadah yang tersendiri untuk tiap-tiap hari / tiada kaitan antara satu hari dengan hari yang lain yang mana kalau puasa hari ini batal maka puasa yang kita buat semalam tidak akan terjejas kerana ia adalah ibadat yang berasingan maka dengan sebab itulah puasa bulan Ramadhan kita mesti berniat pada setiap hari..atau dengan kata lain satu hari satu niat...dan berniat puasa untuk sebulan adalah tidak sah menurut mazhab Syafie..

lalu ada seorang mamat arab bertanya "Sheikh, macamana kalau terlupa?"

Aku tak ingat sebijik-bijik yang sheikh tu jawab...tapi aku tulis kat sini intisari dari jawapan beliau..sheikh tu cakap kalau terlupa niat maka batal lah puasa kerana ibadat itu mestilah dengan niat ("innamal a'maalu binniyyaat")..tapi kemungkinan untuk lupa berniat adalah sangat tipis... sebab apa? sebab niat tu adalah lintasan hati bukannya perkataan yang dilafazkan...maka apa saja yang terlintas di hati itulah niat..kalau kita nak puasa mestilah terlintas dalam hati yang kita nak puasa takkan kita berpuasa secara tidak sedar tanpa ada sebarang niat / intention...maka lintasan hati itu sudah dikira niat...

Kata sheikh tu lagi "as-suhuuru niyyah" (ni aku tak tahu hadith ke apa) maksudnya sahur itu adalah niat...kalau kita bangun sahur maka itu dikira sudah berniat untuk puasa sebab takde orang bangun pukul 4 pagi untuk makan saje-saje.. bila kita bersahur secara automatik kita tahu tujuan kita makan...dan mesti setiap dari kita akan cuba menghabiskan makanan sebelum masuk waktu subuh kerana kita tahu selepas waktu subuh kita takleh makan dan minum lagi dah atau dengan kata lain kita akan berpuasa...maka dengan bersahur itu secara tidak langsung wujud lintasan dalam hati kita yang kita akan berpuasa..maka itulah niat..

(waktu aku taip ni tetiba bunyi bising yang amat sangat kat luar rumah...rupa-rupanya beberapa buah helikopter lalu betul2 atas rumah aku membawa Perdana Menteri dan delegasi ke MRSM dekat rumah aku untuk majlis berbuka puasa. Tapi aku malas nak gi..takut lauk tak cukup...kehkeh..)

Kita sambung balik..bagaimana pula dengan niat puasa sebulan yang ustaz ajar kat sekolah?

Niat puasa sebulan dibolehkan dalam mazhab Maliki...tapi bagi aku hujah yang dikemukakan olah ulama' mazhab Syafie lebih kuat so aku pakai yang mazhab Syafie...niat tiap-tiap hari...kalau aku lupa berniat (in which case aku rasa sangat susah untuk terjadi melainkan aku nyanyuk atau sakit mental memandangkan setakat ni memang tiap-tiap hari aku bangun sahur di bulan Ramadhan...as-suhuuru niyyah) maka padan muka aku kena qadha'... dan aku harap anda semua janganlah takut sebab niat itu adalah lintasan hati...asalkan ko tahu ko akan berpuasa fardhu ramadhan maka itu sudah cukup sebagai syarat sempurna niat..

adapun lafaz niat "sahaja aku bla bla bla...." adalah satu garis panduan sahaja yang disusun oleh ulama'...Rasulullah S.A.W. sendiri tidak pernah mengajar lafaz niat tertentu untuk puasa...

dan aku yakin kalau ulama' tak ajar lafaz niat tu pun korang semua pasti berniat dengan sendiri dalam hati bahawa korang akan berpuasa fardhu Ramadhan kalau korang nak puasa dalam bulan Ramadhan...aku rasa takde orang yang akan berniat dalam hati untuk mengerjakan haji atau berniat puasa sunat seandainya dia nak puasa Ramadhan melainkan orang itu seorang yang sewel akal fikirannya...

Tapi kalau kau betul-betul tak ingat..malam tadi kau tak terfikir langsung untuk puasa pastu pulak kau tak bangun sahur ataupun malam tadi kau pengsan dari maghrib sampai subuh...sedar-sedar baru kau teringat yang hari ni puasa maka tidak sah lah puasa kau...tetapi kau still takleh makan dan minum sebagai menghormati bulan Ramadhan...dan kau kena ganti puasa kau...ini menurut mazhab Syafie...adapun menurut pendapat mazhab Maliki yang membolehkan niat puasa sebulan aku tak tahu sah ke tak...aku rasa sah sebab ko dah niat sebulan...tanyalah ustaz kau...

Perkara kedua yang aku nak sebut ialah tentang misteri frasa 'souma ghadin' (puasa esok) dalam lafaz niat puasa "nawaitu souma ghadin an adaa-i fardhi ramadhan..."?

Kenapa misteri?

Haritu kat masjid kampung aku ada seorang ustaz bagi ceramah berkaitan puasa..dalam ceramahnya, beliau ada mengutarakan satu persoalan kenapa bila kita niat puasa kita niat "sahaja aku puasa esok hari di bulan ramadhan.." kenapa kita niat "esok hari" sedangkan hari dalam Islam bermula apabila masuknya waktu maghrib bukannya bermula pada pukul 12 pagi seperti sistem yang biasa kita gunakan..

katakanlah hari ni adalah hari Khamis dan kita ingin berpuasa pada hari Jumaat maka selepas maghrib nanti sudah masuk hari Jumaat... dan waktu berniat puasa adalah dari masuknya waktu maghrib sampai masuk waktu subuh.. Kalau kita berniat selepas solat maghrib "sahaja aku puasa 'esok hari' bla bla" bukankah itu tidak tepat kerana hari Jumaat sudah pun masuk...malah ada juga yang berniat puasa 'esok hari' ketika bersahur sedangkan sahur itu sudah masuk hari yang kita nak puasa...jadi kenapa kita niat 'esok hari'?

begitulah persoalan yang diutarakan oleh ustaz tersebut..tambah beliau dia sendiri tidak tahu jawapannya dan masih mencari penjelasan mengenainya dalam buku-buku fiqh tapi masih belum jumpa..katanya lafaz niat puasa yang terdapat dalam buku fiqh semuanya menggunakan istilah "puasa esok hari" termasuklah kitab bahasa arab... ustaz itu berpendapat kalimah ghadin/ghadan (esok) mungkin sudah menjadi kebiasaan dalam perbualan untuk menunjukkan waktu esok walaupun kita bercakap selepas dah masuk waktu maghrib...contohnya lepas solat terawih kita tanya member kita "kau nak pergi hospital bila?" maka dia pun jawab "pagi esok" yang sebenarnya bermaksud 'pagi nanti' kalau mengikut sistem hari yang bermula selepas maghrib... jadi memandangkan ia sudah menjadi kebiasaan maka mungkin sebab itulah lafaz niat puasa menggunakan istilah "esok hari" walaupun ia sebenarnya tidak tepat kalau ikutkan sistem hari yang bermula lepas maghrib...

begitulah lebih kurang apa yang ustaz tu cakap yang aku tokok tambah sikit-sikit...

Apa pun menurut pendapat ana (wah wah.... macam ustaz lak aku) benda ni adalah benda kecik...tapi ramai orang risau kot-kot niat puasanya tak sah kerana istilah "esok hari" itu adalah tidak tepat penggunaannya. Kalau kau baca soal jawab agama kat internet soalan macam ni adalah antara soalan yang kerap ditanya...tapi aku belum jumpa jawapan yang mantap sebab tukang jawabnya ntah sapa2..

Menurut ustaz aku untuk niat puasa yang sempurna mesti ada 2 benda yang kita niat

1. aku nak buat apa? - puasa

2. puasa apa?- fardhu ramadhan /sunat syawal / nazar etc.

kalau ada 2 tu: "aku nak puasa | fardhu Ramadhan" maka sudah sempurnalah niatnya...maka persoalan "esok hari" itu adalah persoalan yang kecil...kalau tak tahu kenapa kita cakap "esok hari" pun takpe kerana istilah itu sendiri bukan syarat sempurnanya niat puasa..

mungkin ada yang tertanya-tanya bukankah kita perlu tentukan bila kita nak puasa? sebab boleh jadi kita puasa esok atau boleh jadi lusa betul tak? Jawapannya tak betul sebab waktu berniat adalah start dari maghrib sampailah subuh hari yang kau nak puasa...jadi bila ko niat nak puasa maka secara automatik kau sedar bila kau akan puasa iaitu "esok" bukannya hari lain...kalau kau niat malam ni tapi kau puasa lusa atau minggu depan maka itu tidak sah kerana niat tersebut adalah di luar waktu berniat...

lagi satu seperti yang aku cakapkan tadi...niat itu adalah lintasan hati iaitu apa yang hati kau maksudkan...jadi kalau kau niat "sahaja aku puasa esok hari bla bla.." dan dengan perkataan "esok" tu kau maksudkan selepas subuh sampai maghrib maka betullah apa yang ko niatkan kerana niat itu berdasarkan apa yang kau maksudkan...

Kalau nak ikutkan maksud sebenar "esok hari" mampuslah kita sebab esok hari tu tempohnya adalah 24 jam..sepanjang tempoh 24 jam itu adalah dikira "hari esok" so kalau kau niat nak puasa "esok hari" maka kau kenalah puasa selama 24 jam kalau kau nak ikut sangat definisi yang tepat untuk istilah "esok hari"...maka sebab itulah niat itu adalah apa yang kita maksudkan dalam hati bukannya apa yang dimaksudkan dengan lafaz niat yang disusun oleh ulama' tersebut..

Kalau nak lafaz niat yang betul-betul tepat meh aku ajar korang niat yang aku elaborate dari niat puasa yang selalu kita baca...

SAHAJA AKU/SENGAJA AKU BERPUASA YAKNI AKU SENGAJA BUKAN TAK SENGAJA ATAU DIPAKSA UNTUK BERPUASA, BERMULA TERBIT FAJAR SADIQ IAITU MASUK WAKTU SUBUH SAMPAILAH TERBENAM MATAHARI IAITU MASUK WAKTU MAGHRIB, PUASA FARDHU RAMADHAN TAHUN INI BUKAN TAHUN LEPAS SEBAB TAHUN LEPAS AKU PUASA PENUH DAN BUKAN JUGA TAHUN DEPAN SEBAB TAHUN DEPAN AKU TAK PASTI MASIH HIDUP LAGI KE TAK, KERANA ALLAH TAALA..

Inilah niat yang setepat-tepatnya kalau kau nak sangat takrif "esok hari" yang sebenar...menyusahkan bukan? sedangkan Islam itu tidak memayahkan umatnya...kalau kau niat dalam hati "aku nak puasa" maka tak perlu ko nak sebut sahaja aku atau sengaja aku etc sebab memang konfem la kau nak buat tu dengan sengaja...dan kalau kau niat "esok hari" maka tak perlu lah kau nak explain esok hari tu bermaksud "bermula selepas terbit fajar subuh hari ini kalau mengikut sistem hari dalam Islam, sampai maghrib esok bla bla bla..." dan tak perlu kau konfius sama ada nak gunakan sistem hari yang bermula dengan waktu maghrib atau sistem hari yang bermula pukul 12 pagi sebab bila kau sebut "esok hari" kau faham apa yang kau maksudkan ...dan bagi Allah tiada yang tersembunyi di langit dan di bumi apatah lagi di hati dan pemikiran kita...

Apa yang aku sampaikan ni adalah pendapat aku saje berlandaskan apa yang aku belajar...aku tak akan beri pendapat dalam blog ni selagi takde asas yang boleh dijadikan dalil...kalau silap harap betulkan..boleh jadi aku salah faham apa yang aku belajar..

Sekian, terima kasih

p/s: sapa-sapa yang baru dapat baby taknak ke letak nama anak "souma ghadin"?kehkeh...orang Melayu kan suka bagi nama anak yang takde maksud atau maksud ntahapahapa...sedangkan binatang pun orang bagi nama yang ada maksud cam "Si Tompok", "Sang Tempur", "Si Comel" etc...bagilah nama anak dengan nama yang baik maksudnya bukan yang indah bunyinya semata-mata...

Gadis Melayu Bangsat


Untuk beberapa entri ni aku tak dapat upload komik/kartun. Sebab aku perasan sibuk. hehe

Photobucket
Gambar hiasan

Haritu aku tengok rancangan Gadis Melayu kat tv9...apa yang menarik perhatian aku ialah apabila peserta-peserta rancangan tersebut ditanya "Apakah ciri-ciri seorang gadis Melayu?"

maka ada sorang minah yang tak pakai tudung jawab:

"Gadis Melayu mestilah seorang yang bersopan santun bla bla bla... gadis Melayu tak semestinya kena pakai baju kurung atau kena pakai tudung, tapi apa yang penting dalamannya. Hati yang baik itu lebih penting bla bla bla"

Begitulah lebih kurang yang minah tak pakai tudung tu cakap...memang jahil nak mampus...dah kalau tak pakai tudung of course la itu melanggar perintah Allah...dan melanggar perintah Allah itulah sejahat-jahat hati..harap maklum.

Kepada gadis-gadis yang menyertai rancangan Gadis Melayu tapi tak pakai tudung, aku tahu korang semua baca blog aku (kehkeh perasan nak mampus) so sila baca entri "Salahkah I?"

Sekian

Perasan Bagus



"Aku mengadu kepada Waki' (guru Imam Syafie)
mengenai buruknya hafalanku.....
Maka dia menunjukkan kepadaku supaya meninggalkan maksiat..
dan memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya...
dan cahaya Allah tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan maksiat.."
Syair Imam Syafie.

Minggu lepas aku ada menonton rancangan Malaysia Hari Ini di tv3. Dalam rancangan tersebut ada sorang doktor tengah mempromote sebuah buku tulisan beliau.buku tentang motivasi untuk para doktor tak silap aku. Aku tak tengok dari awal.. masa aku bukak rancangan tu slot doktor tu dah nak habis..tp aku sempat dengar kata2 nasihat beliau yang aku nak kongsi dgn korang hari ni..

Doktor tu bagi nasihat supaya para doktor menjauhi sikap sombong..kerana bila menjadi doktor orang akan tumpu kepada kita untuk mendapat nasihat, bertanya dsb maka disinilah sikap sombong dan riya' akan mudah terbentuk dalam hati... begitu juga dengan golongan2 seperti ustaz dsb yang biasanya menjadi tumpuan masyarakat untuk mendapat nasihat, bimbingan, motivasi etc...golongan2 seperti inilah yang mudah diserang penyakit2 hati seperti sombong, ujub, perasan bagus dsb...

begitulah intisari nasihat doktor tersebut...istilah perasan bagus tu aku tokok tambah...doktor tu tak sebut pun tapi ia sama saje dengan sombong dan ujub..

Aku dah banyak kali jumpa manusia perasan bagus ni...antaranya bila kita jumpa dia untuk mintak nasihat seperti:

"Doktor...macamana nak bagi rasa lebih semangat untuk belajar?"

"Prof...macamana nak jadi seorang pelajar yang cekal?"

"Ustaz...macamana nak jadi seorang pekerja yang berdedikasi?"

Lalu mereka jawab:

"Kamu semua ni asyik nak tanya saya je..cubalah fikir sendiri...kalau saya takde sapa nak tolong kamu semua kalau kamu taknak fikir sendiri?"

Ini kisah benar...ko akan jumpa ramai jenis-jenis "pakar motivasi" macam ni...
sungguh perasan mereka itu...dia ingat orang tanya dia sebab dia bijak dan orang tu bodoh takleh fikir sendiri...macam lah dia sorang yang berfikir sendiri...

Dia tak sedar motivasi yang ada pada diri dia pun bukanlah semua datang dengan berfikir sendiri...Contohnya kau belajar agama dengan tekun disebabkan kau tahu kat akhirat nanti kau akan dapat ganjaran...maka ganjaran akhirat itu lah yang menjadi motivasi luaran (extrinsic motivation) kepada kau untuk belajar agama dengan tekun...

Adakah dengan berfikir sendiri maka kau mengetahui bahawa kau akan mendapat ganjaran di akhirat? sudah tentu tidak...mesti ada seseorang samada ibu bapa atau ustaz kau yang bagitahu kau bahawa kau akan dapat ganjaran di akhirat kalau kau tekun belajar...

bukan semua motivasi boleh diperolehi dengan berfikir sendiri so kalau orang mintak nasihat/motivasi maka berilah kalau ko mampu..Dan berilah motivasi yang berpandukan al-quran dan sunnah...kau kan ustaz...

Ambillah teladan dari syair Imam Syafie yang aku letak kat atas tu...bila dia mengadu kepada gurunya maka gurunya memberikan tips bagaimana untuk membina hafazan yang baik iaitu dengan cara meninggalkan maksiat...bukannya menyuruh Imam Syafie berfikir sendiri...

Maka ingatlah kawan-kawan,

SILA BERI PERHATIAN

Bila ada orang datang kat ko bertanya

"Ustaz...macamana nak bagi rasa lebih semangat untuk belajar?"

ada 2 perkara penting ko kena ingat

1.JANGAN PERASAN HEBAT...dia tanya ko bukan bermakna ko bijak atau ko seorang yang bersemangat dalam belajar atau ko pelajar cemerlang etc..ramai pakar2 motivasi sendiri pun bukanlah seorang yang cemerlang tapi still ada orang panggil mereka bagi motivasi kat pelajar2 bagaimana menjadi pelajar cemerlang... dan ramai juga ustaz2/cikgu/ kaunselor kat sekolah yang bukanlah seorang yang cemerlang tapi orang still mintak tips dan nasihat dari diorang...sebab apa? lu pikirlah sendiri...

2. JANGAN PANDANG RENDAH ORANG LAIN...bila orang mintak nasihat ko maka jangan anggap dia bodoh takleh fikir sendiri...bila orang mintak ko bagi motivasi maka jangan anggap orang tu tak bermotivasi. ..Ko kena sedar bila dia mintak nasihat/motivasi macam tu bukan bermakna dia tak pernah berfikir sendiri macamana nak manambahkan semangat untuk belajar..mungkin dia dah cuba macam2 cara...dia bertanya ko sebab mungkin dia rasa ko ada tips2 lain yang lebih best yang dia boleh praktikkan.. .tapi malangnya bila hati ko deselubungi sifat ujub maka ko perasan yang orang lain begitu memerlukan nasihat dari ko sehinggakan ko rasa kalau ko takde atau sibuk maka orang lain akan terkapai-kapai takde orang yang boleh bagi motivasi kat diorang lalu ko pon suruh diorang berfikir sendiri...ohh. ..

kalau begitu buang saje buku2 motivasi yang ada di pasaran...hentikan saje ceramah2 motivasi...tak perlu lagi berkongsi tips2 untuk membina motivasi diri tetapi kita sama2 jayakan slogan "lu pikirlah sendiri"..

Kalau ada sekolah yang nak buat kem motivasi maka tak perlu buat...cuma suruh pelajar2 sama2 fikir sendiri...kita kumpul ramai2 kat dewan dan fikir sendiri bagaimana nak memotivasikan diri...oh... adakah berfikir sendiri untuk memotivasikan diri adalah syarat utk maju? jangan keliru antara "berfikir" dengan "berfikir sendiri untuk memotivasikan diri"...ia adalah 2 perkara yang berbeza...untuk maju kita perlu berfikir tapi untuk memotivasikan diri demi mencapai kemajuan tidak semestinya berfikir sendiri..sekali lagi aku ingatkan jangan apply mana2 slogan dalam semua situasi...ada benda yang ko boleh suruh orang fikir sendiri dan ada benda yang takleh....

cuba ko bayangkan kalau ko mintak tips nak jadi pelajar yang tekun belajar kat sorang ustaz...tetiba ustaz tu cakap "awak fikirlah sendiri...lihat kejadian Allah...kalau kita berfikir sendiri maka ia dapat memotivasikan diri kita...awak kena berfikir sendiri..nanti kalau saya takde, sapa nak bagi motivasi kat awak?"

kalau ko dengar jawapan macam ni mesti ko rasa menyampah... kita tanya ustaz tu sekadar nak dapat maklumat tambahan...of course la sebelum ni kita dah fikir sendiri mcm2 cara supaya kita jadi rajin belajar...tapi kita still tanya ustaz tu kot2 ada tips2 lain yang berdasarkan al-quran dan sunnah ke yang boleh menambahkan motivasi...bukannya sebab takleh fikir sendiri...tapi dia perasan bagus seolah2 dia sorang yang boleh bagi motivasi dalam dunia ni..

Kalau orang mintak nasihat maka bagilah nasihat kalau kau mampu...bukankah itu hak sesama muslim? mungkin dengan nasihat ko tu dapat memajukan diri dia...contohnya ko bagitahu dia yang Allah suka orang yang melakukan sesuatu dengan tekun...maka kata2 itu telah menjadi extrinsic motivation kepada dia.. menyebabkan dia tekun belajar sehingga dia berjaya dengan cemerlang walaupun motivasi itu bknlah datang dari fikirannya sendiri tapi dari nasihat ko yang berdasarkan al-quran dan sunnah...

dan ketahuilah bahawa itulah(quran dan sunnah) sumber motivasi paling agung...sebab itu kalau orang mintak tips belajar ke...ko sebagai ustaz sepatutnya mampu berikan motivasi berpandukan quran dan sunnah bukannya ko suruh dia fikir sendiri...takut2 motivasinya adalah berbentuk dunia...contohnya dia belajar untuk mendapat hadiah atau pekerjaan yang bagus etc..

Kesimpulannya di sini...kepada golongan doktor atau ustaz atau motivator ataupun sesiapa sahaja yang selalu menjadi tumpuan atau rujukan masyarakat utk mendapatkan nasihat, bimbingan, motivasi dsb maka berhati2lah dengan penyakit2 hati seperti ujub,sombong, riya',perasan bagus dsb yang mudah menyerang dan merosakkan hati kita.

sekian terima kasih.

p/s: kadang2 aku tak suka ceramah motivasi sebab pengisiannya ntahapahapa. ...