Balik Malaysia!

Diadaptasi dari sebuah kisah yg hampir-hampir benar
(sorry lukisan comot dan tulisan agak buruk.harap boleh dibaca.haha)


*wida' = ucap selamat tinggal

Kepada member-member yang balik Malaysia sempena cuti semester ni (termasuklah aku...huhu...dah 2 tahun lebih tak balik) aku doakan semoga kamu semua selamat pulang ke tanah air dan selamat kembali semula ke perantauan (bagi yang belum habis belajar lagi)

Kepada senior-senior yang akan khirrij (grad) aku ucapkan tahniah...alf mabrouk...sebak rasanya nak berpisah dengan korang... (T_T) huhu...semoga kepulangan kalian dapat memberi sumbangan besar kepada agama, bangsa dan negara...cewah

Owh ya...aku ingin pesan kat diri aku dan anda semua (especially yang nak balik malaysia)
kot-kot ajal kita sampai dalam perjalanan nanti jadi seeloknyalah sebelum kita blah sila pastikan kita telah melaksanakan perkara-perkara berikut...(moga-moga urusan kita selepas mati dipermudahkan oleh Allah):

1. kalau ada hutang ngan sesapa sila bayar.(kalau anda tak balik malaysia tapi anda berhutang dengan orang yang nak balik silalah bayar gak)...orang mati syahid pun takleh masuk syurga sebab ada hutang.inikan pulak kita yang mati katak.

2. kalau ada ambik selipar tandas kat masjid (sebab kasut/selipar korang kena pow) sila hantar balik.kalau selipar masjid yg korang ambik tu dah hilang sila beli baru dan pulangkan balik ke masjid.(aku le tu.hehe)

3. sebelum balik jumpa member-member dulu...mintak maaf atas segala kesilapan... mintak halal makan minum etc.

3. kalau ko ada simpan video-video blue/lucah/x-rated kat bawah katil, dalam almari etc...sila musnahkan dan bertaubat la wei...kalau ko sayang nak musnahkan bagi aku...biar aku je yang musnahkan (boleh caya ke?)

4. paling penting taubat segala dosa, maksiat, benda-benda celaka yang pernah kita buat...huhu...kalau mati dalam keadaan banyak dosa tak ke sakit tu...tapi kalau perjalanan kita selamat...kita masih hidup...jangan lak sambung balik wat maksiat...(huhu...aku la tu) jangan jadi cam golongan yang diceritakan dalam surah al-ankabuut:65 dan 66:

فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ

[65] Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

لِيَكْفُرُوا بِمَا آتَيْنَاهُمْ وَلِيَتَمَتَّعُوا فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

[66] (Akibat syirik itu) menjadilah mereka orang-orang yang kufurkan nikmat yang Kami telah berikan kepadanya dan (menjadi) orang-orang yang hanya dapat bersuka ria di dunia; kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan.

p/s: apa lagi ek? kalau ada yang aku tertinggal terlupa nak listkan bagitaula ya...
p/s2: benda ni bukan untuk dibuat bila kita nak balik malaysia je...ajal tu boleh datang bila-bila beb...ntah-ntah lepas korang abis baca blog bosan aku ni terus mati....................................................