Serban - User Guide

[updated: video serban 12 hasta dah diupload!AMANAH: sesiapa yang mengenali tukang demo, diminta jangan disclose kan identiti beliau...HEHE...]

Entry kali ni aku tak dapat nak upload kartun atas sebab2 tertentu...
Tapi aku ada something yang aku nak kongsi ngan korang especially budak lelaki...
Bagi sapa2 yang nak belajar cara pakai serban ni ada video yang dikirim oleh member aku dari Malaysia...beliau akan menunjukkan teknik2 memakai serban yang betul berdasarkan ilmu yang dipelajarinya dari arwah datuknya Ustaz Ismail bin Ahmad (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau)

copy paste dari al-ahkam.net

Memakai songkok adalah adat Melayu, memakai Serban adalah adat Arab. Nabi saw adalah seorang arab maka sudah tentunya baginda memakai serban sebagai pakaiannya. Cuma memakai serban ini termasuk sunnah yang bukan disyariatkan. Sebagaimana terdapat sebuah khabar dhaef :-

العمائم تيجان العرب
"Serban adalah mahkota orang Arab"

Dr Abdulah al-Faqih mengatakan :-

لكنها يشهد لها ما روي في القصص وكتب التاريخ عن بعض العلماء أنهم كانوا يقولون إن العمائم كانت عند العرب في القديم وكانت بمثابة التيجان بالنسبة لهم.
"Maka jelaslah kepadanya apa yang diriwayatkan didalam kisah-kisah dan buku-buku sejarah dari beberapa ulama' bahawa serban adalah untuk bangsa Arab dulu dan ia bagaikan mahkota bagi mereka"

Orang yang memakainya sudah tentu mendapat ganjaran dari Allah dengan niat kita mencintai Nabi saw didalam sudut pemakaian. Menurut Dr Abdullah al-Faqih, jika benar-benar ingin mencontohi sunnah Nabi saw didalam aspek pemakaian serban, lakukannya sepanjang masa (dan bukan semasa bersolat sahaja) sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw.

Perbandingan diantara mereka yang memakai tutup kepala eg: serban, songkok dsb dengan mereka yang tidak memakainya adalah dilihat dari sudut 'menghiaskan' diri atau mencantikkan diri apabila mengadap Allah swt. Menghiasi diri atau mencantikkan diri sebelum menghadap Allah swt hukumnya mustahab (digalakkan). Firman Allah swt :-

خُذُواْ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ
"Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)" [surah al-'Araf : 31].

Sejauh ini, kebanyakkan hadith-hadith yang memaparkan ganjaran-ganjaran khusus memakai serban didalam solat bertaraf dhaif atau palsu (mawdhu'). Contohnya :

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar secara Marfu' :-

صلاة بعمامة تعدل سبعين صلاة بلا عمامة
"Solat dengan memakai serban itu ganjarannya 70 kali dari solat tanpa serban"

atau riwayat dari Anas ra:-

صلاة بعمامة تعدل بعشرة آلاف حسنة
"Solat dengan memakai serban ganjarannya 10,000 kebaikkan"

al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan al-Shakawy mengkelaskan hadith ini sebagai palsu. Al-Sayuthi juga memasukkan hadith ini didalam bahagian hadith2 palsu.

Hadith riwayat Jabir ra :

ركعتان بعمامة خير من سبعين ركعة بلا عمامة
"Dua rakaat solat memakai serban lebih baik dari 70 rakaat tanpa serban"

Syiekh Nasyiruddin al-Albani mengkelaskan hadith ini sebagai palsu didalam al-Silsilah al-Dhaefah dan Dhaef al-Jaami' al-Shagir.

Kesimpulannya, kami memetik fatwa Dr Abdullah al-Faqih yang menyebut :-

فإن تغطية الرأس في الصلاة بالنسبة للرجل ليست من سنن الصلاة ، وسواء في ذلك الإمام والمأموم والمنفرد. إلا أنه يستحب تغطيته لمن كان من عادته التجمل بها لقول الله تعالى: (خذوا زينتكم عند كل مسجد).
"Sesungguhnya memakai serban ketika solat bagi kaum lelaki bukanlah termasuk didalam bab sunat-sunat solat, tidak kira samada dia Imam, makmum atau solat bersendirian. Akan tetapi menutup kepala adalah digalakkan (mustahab) bagi sesiapa yang membiasakan diri berhias (mencantikan diri) dengannya sebagaimana firman Allah : 'Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid'".

Serban 3 hasta


Serban 7 hasta


Serban 12 hasta