Bicara Cinta
Pernahkah korang jatuh cinta?
Menurut kajian 92.5 % pemuda berumur 18 tahun ke atas pernah jatuh cinta at least sekali dalam hidup mereka... (kalo korang tak percaya hasil kajian ni aku tak kisah sebab aku reka je...haha) hatta kalo muka diorang cuma hensem sikit je berbanding tapak selipar jepun mereka juga pernah jatuh cinta.. ya.... kerana cinta itu adalah fitrah kejadian manusia
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).(Ali Imran: 14)Tapi awas beb...
katakanlah ko jatuh cinta kat sorang awek...ko takleh selamba ayam gi tekel dia pastu ajak dia kuar dinner/jalan2 ngan ko kat mid valley, klcc, mecca mall etc...
"eh aplak takleh?kan Allah dah bagitau dalam al-quran bahawa cinta itu adalah fitrah manusia?normal la nak tekel2 awek...nak ajak dia kuar..."
ye...setiap manusia ada perasaan cinta akan pompuan harta benda etc...tetapi...jeng jeng jeng(sound effects untuk suspen) Islam dah menetapkan dengan tegas bagaimana menyalurkan perasaan cinta itu...
sebagaimana kita takleh mendapatkan/menggunakan harta benda dengan cara yang haram cam judi, mencuri, riba etc...begitulah jugak kita takleh mendapatkan/'menggunakan' pompuan dgn cara yang haram...setiap sesuatu ada batasnya...
"eh aplak haram aku tekel awek aku secara islamic...aku kenal dia kat islamic forum dlm internet...aku cakap ngan dia pun guna ana anti...kitorang kalo kuar takde le gi tempat2 tak elok...kitorang jumpa kat masjid klcc, pastu jalan2, makan2 kat area tu je...cinta kitorang cinta islamic...ukhuwwah fillah...sila sedar..."
cinta islamic? haha itu adalah istilah yang dicipta oleh setan dalam kepala hotak ko untuk justify perbuatan ko...supaya ko nampak benda yang harom jadi halal...
bak aku copy paste sikit dari internet:
ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1. Menundukkan pandangan.
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya:
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH erfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 31).
2. Menutup aurat.
ALLAH berfirman: Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31). Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita.
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).
5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan).
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir: Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir 3/350).
6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis.
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).
Ath-Thabarani meriwayatkan, Nabi saw. bersabda yang artinya, “Awaslah kamu dari bersendirian dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang lelaki yang bersendirian (bersembunyian) dengan wanita malainkan dimasuki oleh setan antara keduanya. Dan, seorang yang berdesakkan dengan babi yang berlumuran lumpur yang basi lebih baik daripada bersentuhan bahu dengan bahu wanita yang tidak halal baginya."
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam keenam-enam etika tu aku rasa satu je yang ko boleh ikut...iaitu menutup aurat...yang lain tu confirm ko langgar... takyah cakap banyak la...cinta islamic konon...boleh blah
err...sebelom ko blah baca dulu fatwa ni:
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang HUBUNGAN cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.
Tapi aku rasa la kan sapa2 yang ada awek...selalu kuar gi mecca mall, mid valley etc...makan berdua...naik teksi berdua etc...diorang takkan stop dr perbuatan bangsat diorang tu...sekalipun diorang dah baca etika pergaulan antara lelaki dan wanita menurut Islam ngan fatwa Syaikh Uthaimin yang aku copy paste ni... sebab lelaki yang bangsat memang mudah tewas bila diuji dengan wanita...
Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
ye... tiada fitnah (ujian) yang lebih bahaya dari wanita...bila Allah haramkan arak, kita boleh tahan nafsu kita dari meminumnya...walaupun hati kita nak sangat merasainya...bila Allah haramkan makan babi, kita boleh tahan nafsu kita...walaupun kadang2 kita nak sangat tau camne rasanya...bila Allah haramkan judi, riba, mencuri etc kita still boleh tahan nafsu kita dari melakukannya...walaupun hati nak cepat kaya...
TETAPI bila masuk bab pompuan...aduuuuuhhh...susah sey...
"ABIS TU NAK BUAT CAMNE NI?ARGHHH!AKU TAK SANGGUP MENINGGALKAN SAAT2 MANIS BERSAMA AWEK AKU..."
hehe...jangan risau...ko ingat tak ayat 14 surah Ali Imran yang aku letak kat atas tu... tahukah korang apakah ayat yang seterusnya (ayat 15)... mari kita sama2 membacanya...
قُلْ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيْرٍ مِّن ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.
Allahu akbar...
Allah yang mencipta manusia dan dia maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati dan dia maha mengetahui segala yang baik untuk kita...
Kalo kita kawal nafsu kita dari kuar jalan2 ngan awek, pegang tangan, bermesra-mesraan dsb maka itulah taqwa....dan Allah dah janjikan sesuatu yang lebih baik untuk orang2 bertaqwa...saat2 manis di syurga itu adalah untuk selama2nya syeikh...
p/s : aku tujukan secara 'sorrohah' nasihat aku ni kat diri aku dan member2 aku terutama budak sama uni ngan aku kat sini...senior dan jugak junior...tak perlu aku sebut nama...aku tahu korang sume dah besar2, dah tua nak mampus...kalo korang nak cari bakal isteri pun carilah tapi biarlah tahu batasnya...aku rasa tak perlu sampai kuar gi mecca mall, naik teksi berdua, jalan balik dari u berdua etc sampai menimbulkan fitnah dan menghina diri korang....
"Lelaki yang keluar jalan2 dengan awek adalah lelaki bangsat...awek itu juga adalah bangsat"
BANGSAT= BANGSa yang suka wat maksiAT/BANGSa yang dilaknAT/BANGSa yang tak peduli apa yang Allah cakap janji nafsu rasa lazAT.....
|