Guide Us To The Straight Way (Introduction)

Introduction

Beberapa bulan yang lepas aku ada tengok satu video islamic (wah wah wah...bunyi cam mat blogger alim la pulak...padahal perangai cam sial) yang agak best kat youtube... aku dah tak ingat video apa sebenarnya..tapi yang aku nak ceritakan kat sini ialah..lepas aku tengok video tu kan aku masukla channel brother yang upload video tu...sebab aku nak tengok kot-kot ada video-video lain yang best yang dia upload...pas aku masuk aku tengok la profile dia...dari situ aku dapat tahu yang dia adalah orang Sweden...dan berdasarkan video-video yang dia upload aku rasa dia tu seorang muallaf...alhamdulillah...aku pun bookmark la channel beliau...

Tak berapa lama lepas tu aku pun masuk balik channel brother tu...tapi alangkah terkejutnya aku kerana video-video beliau sudah berubah...dah takde video-video Islamic...kali ni semua video yang dia upload adalah video-video yang menghina dan mengecam Islam...kebanyakannya berkaitan terrorist...dan ada juga video-video 'ceramah' Christianity yang diupload oleh beliau...gambar kat profile dia pun menunjukkan lambang salib...
"Eh...mamat ni dah murtad ke?" tanya aku dalam hati... aku pun cek balik bookmarks takut tersalah masuk channel orang lain...cek punya cek memang confirm itu channel budak Sweden yang aku bookmark dulu...memang dia dah murtad(berdasarkan video-video dan gambar salib kat profile beliau)...

Aku pun berdoalah dalam hati agar Allah bagi hidayat kepada brother tu...tu je la yang aku buat... langsung tak ambik langkah nak dakwah dia ke...memang hampeh tol aku...

Sejak hari tu aku dah tak masuk channel dia dah...dah berbulan-bulan...sehinggalah beberapa hari yang lepas...aku tergerak hati nak masuk channel brother tu... dan sekali lagi aku terkejut bila tengok video-video beliau...berubah lagi! kali ni dia upload video-video Sheikh Ahmad Deedat (rahimahullah) pula dan juga beberapa video tentang orang kristian yang masuk Islam...gambar kat profile dia pun dah berubah dari gambar salib kepada gambar
Ahmad Deedat...maknanya dia dah kembali kepada Islam...alhamdulillah...harap-harap lepas ni jangan la berubah lagi...aku dah penat terkejut...

Apa motif aku cerita benda ni?

aku tanak cakap banyak...kali ni aku nak sentuh pasal

MURTAD

sila jangan rasa bosan

Korang tahu tak apakah punca berlakunya murtad? Apa? Korang tak tahu? Takpe-takpe mari kita sama-sama mentahukan diri kita (argh...macam orang gila je ayat aku ni)

Sekarang tenangkan fikiran kamu.......

Izinkan aku membawa fikiran korang ke zaman 1400 tahun dahulu...

Masih ingatkah korang akan kisah Saidina Bilal bin Rabah r.a...? bagaimana beliau diseksa dengan begitu dasyat agar meninggalkan agama Islam... masih ingatkah korang akan kisah keluarga Yasir..? yang diseksa dengan begitu dasyat dan teruk sampai mereka syahid...
Walaupun seksaan yang mereka terima begitu dasyat...lebih dasyat dari seksaan terhadap tahanan EYE AS A namun iman mereka tetap teguh...tidak goyah sedikit pun bahkan kalimah "Ahad...Ahad" jua yang keluar dari mulut mereka...

Tapi cuba lihat pula hari ini...di Malaysia seramai lebih 200 000 orang telah memohon untuk menukar agama termasuklah kes lina Joy yang femes tak lama dulu...
Tahukah korang bahawa takde sorang pun yang seksa Lina Joy dan 200 000 orang itu untuk murtad... tapi mereka dengan rela hati dan riang ria keluar dari Islam...dan mereka juga selamba ayam je buat permohonan untuk murtad...

so... soalan cepu emas kita pada hari ini ialah...

[ Apakah punca utama mereka murtad? ]

"Mungkin disebabkan gerakan dakyah orang kafir dan usaha mereka untuk memurtadkan orang Islam begitu aktif."

Oh, ye ke? bak aku bawa fikiran kamu ke zaman 1400 tahun dulu sekali lagi...

ingatkah korang akan peristiwa perang Uhud..?yang mana tentera Islam yang pada awalnya menang tapi tumpas juga kerana segelintir tentera Islam melanggar arahan Rasulullah supaya tidak berganjak dari kedudukan asal mereka...

selepas kekalahan itu datanglah 2 org Yahudi menemui Ammar bin Yasir dan Huzaifah bin Al-yaman lalu berkata “Adakah kamu tidak melihat kekalahan tentera Islam, kalau kamu berada di dalam kebenaran, nescaya kamu tidak akan kalah. Maka dengan demikian, kembalilah kepada agama kamu yang asal, kerana agama asal kamu itu adalah agama yang lebih baik untuk kamu, dan kami adalah manusia yang lebih berada dalam jalan yang benar”

Maka berkata Ammar bin Yasir;

فإني قد عاهدتُ ألاّ أكفر بمحمّد (ص) ما عشتُ

“Aku telah berjanji, tidak akan mengkufuri Muhammad selama aku hidup”.

Adapun Huzaifah bin Al-Yaman berkata;

فقد رضيت بالله ربّاً وبمحمّد نبيّاً وبالإسلام ديناً وبالقرآن إماماً وبالكعبة قبلة وبالمؤمنين أخواناً

“Sesungguhnya aku redha Allah menjadi tuhan, Muhammad menjadi Nabi, Islam menjadi agama, al-Quran menjadi Imam (ikutan), Kaabah sebagai qiblat, orang mukmin sebagai saudara”

Ini baru satu contoh.. sebenarnya ada banyaaak lagi kisah-kisah lain di mana orang-orang kafir cuba untuk menimbulkan keraguan dalam hati orang Muslim akan kebenaran agama Islam... Sekarang korang nampak tak? Usaha untuk memurtadkan orang Islam telah berlaku sejak dulu lagi...tapi takde effect pun kepada para sahabat...

------------------------------------

"Mungkin disebabkan sistem perundangan yang lemah.."

I see...tapi cuba ko lihat kembali kes Lina Joy... bila mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan Lina Joy tukar status agama Islam pada kad pengenalan maka sume bergembira..."yeay!yeay! takbirr!!Allahu Akbar....Alhamdulillah..."begitulah sorakan umat Islam yang mendengar berita keputusan mahkamah itu...
Lepas bersorak diorang pun meneruskan kehidupan harian seperti biasa...bangun pagi, makan, gi keje, balik rumah semula, makan, tengok tv, skodeng anak dara jiran sebelah, tido, pastu bangun balik esok...macam tu la hidup diorang hari-hari... kehidupan seorang yang celaka...dia dah rasa selesa sebab orang dah takleh nak tukar status agama Islam di kad pengenalan lagi dah...seolah-olah kes murtad sudah selesai...betul kata pengetua aku dulu ... "MELAYU ADALAH BANGSA YANG BANGSAT!"
Ko ingat bila dah ada undang-undang yang tak membenarkan orang Islam menukar status agama pada IC ko dah boleh berpuas hati...ko ingat lepas mahkamah buat keputusan tu Lina Joy ngan 200 000 orang yang buat permohonan untuk murtad tu akan insaf dan menjadi muslimin sejati?

THINK MAN! THINK! USE YOUR BRAIN IF YOU HAVE ONE!

Diorang murtad bukan sebab dakyah kafir yang begitu aktif...dakyah kafir memang sudah wujud dari dulu lagi tapi takde beri kesan pun kepada para sahabat r.a.

dan Lina Joy n the Gang murtad bukan kerana tiada sistem perundangan yang kuat...lihatlah kisah Bilal dan keluarga Yasir r.a...adakah mereka sanggup diseksa begitu dasyat kerana mereka takut dengan undang-undang murtad?

Mereka murtad sebab kejahilan mereka tentang Islam...sebab apa mereka jahil?
sebab aku dan korang semua tak laksanakan tanggungjawab untuk berdakwah...untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam...
dan juga kerana ramai antara kita yang hanya tahu beranak saje...tapi langsung tidak mendidik anak untuk mengenal Allah dan memahami Islam dengan sebetulnya...maka anak membesar dalam keadaan tidak mengenal tuhan dan tidak memahami agama...takde beza antara mereka dengan binatang... yang hanya tahu beranak banyak gila tapi tak pernah pun ajar anak mereka tentang agama...

--------------------------------

So jawapan kepada soalan cepu emas kita...

[ Apakah punca utama mereka murtad? ]

ialah...

KEJAHILAN


sila fahamkan gambarajah di bawah:



bak aku bagi satu contoh...dulu aku pernah tengok satu video sorang murtad dia bagi ceramah kepada sekumpulan orang kristian...dia cakap lebih kurang camni...

"Saya keluar dari Islam kerana Islam bukanlah agama yang benar...kerana umat Islam tiap kali solat mesti membaca 'ihdinassirotol mustaqim' yang bermaksud tunjukkanlah kami jalan yang lurus (Guide Us To The Straight Way- Surah Al-Fatihah ayat 6)...inilah yang diajar oleh Muhammad...lihatlah tuan-tuan, Muhammad sendiri tidak yakin dengan agamanya...kalau Islam itu agama yang benar kenapa harus diminta untuk tunjukkan jalan yang lurus..."

itulah alasannya...aku rasa budak darjah satu pun boleh patahkan hujah yang sebegini rapuh...

dan aku sangat sangat sangat sangat tak faham dan pelik...kenapa kau pergi masuk kristian padahal kalau ko baca bible pon ko akan jumpa bahawa Nabi Daud ajar benda yang sama...
bak aku copy paste dari kitab bible online...

(Psalm 25)

1To you, O LORD, I lift up my soul;

2 in you I trust, O my God.
Do not let me be put to shame,
nor let my enemies triumph over me.

3 No one whose hope is in you
will ever be put to shame,
but they will be put to shame
who are treacherous without excuse.

4 Show me your ways, O LORD,
teach me your paths;

5 guide me in your truth and teach me,
for you are God my Savior,
and my hope is in you all day long.

See...tanya balik diri ko "Kalau agama nabi Daud itu benar kenapa bila berdoa kepada Allah dia still mintak supaya Allah tunjukkan jalan kebenaran kepada dia...?agama yang nabi Daud anuti itu tak benar lagi ke ha?"
adakah ayat bible ini yang silap...? atau adakah ayat al-quran yang silap...?atau kedua-duanya silap? NO...ko yang tak faham dan jahil tentang al-quran pastu bila timbul ragu-ragu ko terus murtad dan masuk kristian..padahal Kitab Bible ajar benda yang sama...

JOKE MAN...! JOKE! IT DOESN'T MAKE ANY SENSE!

Inilah yang akan terjadi bila ko jahil tentang Islam...macam jugak cerita brother youtube yg aku cite awal-awal tadi...bila tak faham maka timbullah ragu-ragu...bila ragu-ragu maka mudahlah syaitan masuk dalam hati...kau sepatutnya mengatasi ragu-ragu itu dengan belajar dan mengkaji...bukannya ambil keputusan untuk murtad...

Kalau ko betul-betul faham dan arif tentang Islam maka akan lahirlah aqidah yang mantap dan ko akan yakin dengan kebenaran Islam...bila dah macam tu tak kisah lah orang nak campak ko ke mana-mana pun...ke tempat yang dakyah kafir aktif gila bangkong ke....ataupun ke negara yang tak ada sistem perundangan berkaitan murtad sekalipun insyaAllah ko takkan murtad...

Dan sebagai akhirnya aku ingin bertanya kepada diri aku dan pembaca2 blog bosan aku...

"MAHUKAH KAMU MEMAINKAN PERANAN UNTUK MENYEBARKAN DAN MENEGAKKAN KALIMAH
لا اله الا الله محمد رسول الله
DAN MENANGANI GEJALA MURTAD INI?"

Sekian introduction.