Guide Us To The Straight Way - 4 Perkara Penting


Ya kartun ini bosan tetapi ada beberapa perkara penting yang ingin aku sampaikan...

Pernahkah korang mendengar/membaca pantun berikut?:

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

aku dulu penah baca pantun ni kat dinding sekolah aku...lebih kurang 10 tahun yg lepas...
masa aku sekolah dulu aku sebenarnya tak paham apasal cikgu-cikgu kat sekolah suka sangat tulis benda-benda cenggini kat dinding sekolah...baikla diorang tulis nota-nota biology ke matematik ke...nanti kalo time exam boleh gak aku usha...hoho...mungkin diorang berharap agar budak-budak yang baca tulisan-tulisan kat dinding sekolah tu akan berfikir sejenak tentang apa yang ditulis lantas dapat memberi pengajaran yang berguna kepada mereka...cewah...

tapi bagi aku la kan, ada satu je tulisan kat dinding sekolah yang membuatkan aku berfikir sejenak...iaitu:


ya...inilah tulisan di dinding sekolah yang akan membuatkan aku berfikir sejenak tentang apa yang ditulis....

arghhhhhhhh.... apa aku merepek ni?mari kita kembali ke tajuk asal perbincangan kita...

Tahukah anda apakah maksud pantun tersebut?

sebelum korang jawab soalan tersebut...cuba lihat dulu gambar ni dan jawab soalan kuiz di bawah

Photobucket

gambar ini aku amik masa aku jalan-jalan kat KLCC ngan membe2 aku...

soalan kuiz kita pada kali ini berbunyi:

"Apakah perkara haram yang dilakukan oleh awek bertudung pink dalam gambar di atas?"


(Husnuzzonn/sangka baik yang awek tu buat benda haram tersebut sebab dia tak tahu)

Kuiz ini terbuka kepada semua termasuklah sahabat2 yang berada kat luar Jordan...orang pertama yang dapat menjawabnya dengan betul akan mendapat hadiah istimewa buatan Jordan...

(Kepada Muhtadin dan Firdaus yang turut berada di tempat kejadian anda tidak dibenarkan menyertai kuiz ini dan juga tidak dibenarkan membantu membe2 lain)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah kaitan pantun dan gambar awek bertudung pink di atas dengan tajuk "Guide Us To The Straight Way"?

Dalam entri ni aku nak sambung lagi pasal murtad.

"Alaaah. Tajuk murtad lagi...takde tajuk lain ke...alim siyot............."

haha...ko memang bangsat...sila baca hadith di bawah:-

من أصبح وهمه الدنيا فليس من الله في شيء ومن لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Ertinya : Barangsiapa yang berpagi-pagi dan fokus keutamaan dalam dirinya perihal dunia semata-mata, tiadalah Allah punyai apa-apa urusan untuknya, dan barangsiapa yang tidak mengambil tahu berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka (muslim)" ( Riwayat At-Tabrani, Majma' Az-Zawaid, 10/248 ; terdapat perawi bertaraf Matruk)


ha...nampak tak? kalau ko malas nak amik berat pasal masalah umat Islam ko kena sedar bahawa ko adalah bangsat...ko gah dengan Islam ko padahal nabi tak iktiraf pon ko termasuk dalam golongan orang Islam sebab ko malas nak amik berat pasal masalah umat Islam...

huh...cam bosan je ayat aku ni...lantakla...apa-apa pon point yang aku nak sampaikan ialah

NAK TAKNAK KO WAJIB AMIK BERAT PASAL ISU MURTAD KALAU KO RASA KO TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG ISLAM

Dan satu lagi sabda Nabi s.a.w :

من رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بيده فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Ertinya : Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat satu kemungkaran, maka hendaklah ia ubahnya dengan tangannya, jika tidak berkemampuan, maka dengan lisannya, jika masih tidak berupaya, maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman" ( Riwayat Muslim, no 49, 1/69)


maka point aku yang kedua ialah...

KO WAJIB BERTINDAK UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD a.k.a. DO SOMETHING MAN!

Untuk memahami kedua-dua point aku ini dengan lebih jelas sila lihat algorithm berikut


Dan ketahui olehmu bahawasanya setiap umat Islam wajib mendalami/menguasai 4 perkara berikut

1. ILMU : iaitu ilmu mengenal Allah, mengenal nabi dan mengenal agama

2. AMAL : iaitu menerapkan ilmu tersebut

3. DAKWAH : iaitu mengajak orang lain kepada ilmu dan amal tersebut

4. SABAR : iaitu tabah menghadapi segala rintangan dalam menuntut ilmu, beramal dan berdakwah.

Aku rasa aku tak perlu bagi dalil al-quran dan hadith kenapa 4 perkara ini wajib dikuasai oleh setiap orang Islam sebab korang semua lebih arif dari aku... dan ketahui olehmu bahawasanya kalau setiap orang Islam betul-betul mendalami dan menguasai keempat-empat perkara ini insyaAllah segala masalah yang berlaku di kalangan umat Islam dapat diatasi termasuklah isu murtad.

adakah anda sudah menguasainya?

mari kita sama-sama lihat...

1. ILMU

Tahukah anda bahawa masalah besar yang melanda umat Islam pada hari ini ialah CIA...ye tuan-tuan....... CIA...iaitu

Cetek Ilmu Agama

bila orang sebut pasal cetek ilmu agama ko tak payah perasan yang ko terkecuali...kalau ikut pengalaman aku, student syariah sendiri pon ramai yang bila aku tanya soalan agama yang basic gila pon takleh nak jawab...kalau jawab pon merapu je...cis..ko pun lebih kurang jahil cam aku...

dan ko jangan perasan yang ko sudah memahami Islam secara mendalam semata-mata ko dapat A dalam ujian subjek agama seperti syariah atau aqeedah etc...ko kena sedar bahawasanya mendapat A dalam mana-mana ujian bukanlah bermakna ko betul-betul faham tentang subjek tu...

kalau ko tak percaya meh aku cerita sebuah kisah benar...

masa aku sekolah menengah dulu aku pernah amik satu ujian...tapi dalam ujian tu aku tak jawab satu soalan pon...bukan setakat tak jawab malah aku memang tak study langsung untuk ujian tu...memang haram satu benda pon aku tak tahu...

tapi believe it or not aku dapat result A+ dalam ujian tu... ye A+ bro! membe aku yang lg tere dari aku pon dapat B je...serious aku tak tipu...

memang sukar dipercayai...kalau ikutkan memang tak lojik langsung kalau tak jawab soalan tapi tetiba dapat result A+...tapi percayalah aku dapat A+ dalam ujian tu walaupun aku tak jawab apa-apa pun...

macamana aku boleh dapat A+?

sebab ujian yang aku amik tu adalah ujian darah (blood test)... memandangkan darah aku jenis A+ maka result ujian darah aku tu A+ la walaupon aku tak jawab apa-apa soalan (dah memang takde soalan)...haha...

eh tak kelakar ke?cis...penat je aku wat lawak...

apa-apa pun ko perlu sedar bahawa

mendapat result A dalam ujian matapelajaran agama tidak bermakna anda seorang yang tinggi ilmunya tentang agama...harap maklum

meh aku bagi ko satu contoh...

cuba ko tengok sorang ustazah kat Malaysia yang ada PhD tu...walaupon dia ada PhD tapi dia banyak mengeluarkan fatwa-fatwa bodoh nak mampus...

cuba ko tengok video ni...



sekarang perhatikan kata-kata ustazah PhD ni

"orang tu mencuri adakah kerja kita nak buat hudud potong tangan dia saje?takpelah...dia mencuri tangan kanan, potong tangan kanan...esok dia curi lagi potong tangan kiri pastu dia curi lagi nak potong apa tak tau...potong kaki pulak...curi lagi...curi ngan mulut la dah takde tangan...

adakah kita nak melaksanakan hukum potong tangan tu ke atau kita nak bawa dia...kita bagi kerja dekat dia..kita bagi dekat dia ruang macamana dia boleh meniaga...bila dia sudah ada ruang-ruang kebaikan maka dia tak mencurilah"

then lepas tu ko gi amik Al-quran pastu baca ayat 38 surah Al-maaidah

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا جَزَاء بِمَا كَسَبَا نَكَالاً مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

lepas ko baca ayat ni ko ulang balik kata-kata si ustazah tadi

" adakah kita nak melaksanakan hukum potong tangan tu ke atau kita nak bawa dia...kita bagi kerja dekat dia..kita bagi dekat dia ruang macamana dia boleh meniaga...bila dia sudah ada ruang-ruang kebaikan maka dia tak mencurilah "

agak-agak kalau korang cakap macam ni korang akan dapat rahmat ke dapat laknat?

dapat laknat la bai... ko ingat cadangan ko untuk menghukum pencuri itu lebih baik daripada apa yang Allah tetapkan dalam al-quran?

kalau camtu aku pun nak jadi pencuri...kalau kena tangkap terus dapat kerja...dapat ruang nak meniaga...pastu kalau kena buang keje aku mencuri balik...terus dapat keje baru pulak...haha...
lama-lama semua orang pakat mencuri sebab senang dapat keje...

bodoh gila idea...

pastu confirm la rakyat malaysia tanak ikut al-quran lagi dah...kalau ikut al-quran ko takleh mencuri nanti kena potong tangan...kalau ko ikut fatwa doktor tu seronok la ko...

ni contoh yang jelas nyata...kalau ko ada PhD sekalipon belum tentu ko benar-benar faham tentang Islam....tu orang yang ada PhD...ko yang "PHD"(Pelajar Habiskan Duit) ni lagila hampeh....

(DAN ADALAH DIINGATKAN BAHAWA APABILA DISEBUT TENTANG HUKUM HUDUD IA TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK. KERANA HUKUM HUDUD SUDAH TERMAKTUB DALAM AL-QURAN DAN DILAKSANAKAN SEJAK DAHULU LAGI. OLEH ITU IA TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN UMNO, PAS, PARTI ANAK KUNCI ATAUPUN MANA-MANA PARTI. MAKA KO TAK PERLU MENJADI PENGIKUT PAS UNTUK MEMPERJUANGKAN HUKUM ALLAH DAN KO JUGA TIDAK PERLU MENENTANG PERLAKSANAAN HUKUM ALLAH SEMATA-MATA KERANA KO ORANG UMNO)

dan satu lagi peringatan

WAHAI ORANG-ORANG MELAYU SILA OPEN-MINDED. KALAU ORANG PAKAI KOPIAH BUKAN BERMAKNA ORANG ITU PAS. MASA AKU PERGI BTN DULU AKU NGAN MEMBER AKU PAKAI KOPIAH TERUS DIPERLI DI KHALAYAK RAMAI SEBAGAI PRO-PAS. BODOH GILA. AKU RASA KALAU AKU CABUT KOPIAH AKU TU PASTU LETAK ATAS KEPALA KAMBING MESTI DIA COP KAMBING TU PRO-PAS JUGAK. BODOH GILA SEKALI LAGI. BETUL KATA PENGETUA AKU DULU "MELAYU ADALAH BANGSA YANG BANGSAT"

sekian peringatan....

Dan ketahui olehmu bahawasanya bila ulama' cakap pasal menuntut ilmu agama bukanlah mereka nak suruh ko gi belajar agama sampai ko jadi faqeh cam ulama'...tapi yang penting ko perlu mendalami ilmu-ilmu agama yang asas...

Dan ketahui olehmu bahawa telah disebutkan oleh ulama'

"Awwaluddeen ma'rifatullah"

Yang awal-awal sekali dalam belajar agama adalah ma'rifatullah (mengenal Allah)...

dan ketahui olehmu bahawa menjadi KEWAJIPAN bagi setiap mukallaf untuk mengenal Allah...atau dengan kata lain ko wajib belajar ilmu tauheed...kenal sifat-sifat Allah...

ini adalah perkara paling basic...kalau ko gagal mengenal Allah maka sia-sia segala amalan ko...harap maklum...

Adakah kita sudah mengenal Allah?

sedarkah korang bahawa ramai umat Islam masih terlalu cetek ilmunya tentang ma'rifatullah sekalipun mereka adalah pelajar sekolah agama...

bak aku bagi satu lagi contoh (banyak gila contoh...biar korang muntah.hehe)

Dulu sebelum kitorang (student medic Jordan/Mesir) fly ke Jordan/Mesir, kitorang diwajibkan untuk mengikuti kursus persediaan dekat INTEC, Shah Alam selama 3 bulan...kitorang seramai lebih kurang 30 orang diletakkan dalam satu kelas yang dipanggil MEP (Middle East Program)

Setelah hampir tamat program tersebut maka kitorang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iatu Jordan dan Mesir...seramai 11 orang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan (aku salah seorang daripadanya) dan yang selebihnya ke Mesir...tetapi apa yang memeranjatkan kami ialah apabila pihak JPA mengumumkan tarikh flight yang terlalu awal untuk pelajar ke Jordan...iaitu lebih kurang seminggu dari tarikh ia diumumkan...

Maka member-member aku yang dipilih ke Jordan kelihatan agak kurang gembira dengan tarikh flight yang terlalu awal...bayangkanlah kitorang first time nak gi oversea...tetiba cuma ada masa seminggu je untuk buat preparation...mana sempat nak beli barang, nak jumpa family ngan rakan-rakan etc.

Lalu aku pon cakap kat member aku yang mukanya agak sedih "takpe kita doala biar tarikh dilewatkan" tapi dia dengan tegas menjawab "nak doa mende?tarikh flight dah confirm"

Astaghfirullah...aku hanya diam...aku agak kesal kerana jawapan itu keluar dari mulut seorang Muslim...mungkin dia lupa bahawa Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu...mungkin juga dia lupa janji Allah:-

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

maka dengan izin Allah setelah 3 hari selepas pengumuman tarikh flight dibuat, pihak JPA call balik setiap student yang akan ke Jordan dan bagitau bahawa tarikh flight ke Jordan terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan..mereka akan menghubungi sekali lagi untuk memberitahu tarikh yang baru...

Alhamdulillah...

Aku cerita kat korang ni bukan nak cakap doa aku dimakbulkan...itu semua berlaku mungkin kerana Allah memakbulkan doa member-member aku yang lain atau parents diorang yang memang tak mahu anak-anak mereka fly ke oversea terlalu awal...

Tapi bila ko cakap "nak doa mende?tarikh flight dah confirm" ini jelas menunjukkan bahawa ko belom mengenal Allah...

Meh aku bagi satu lagi contoh...(haha...kali ni aku rasa mata, telinga dan hidung korang dah berdarah-darah sebab banyak sangat contoh...contoh bosan lak tu...)

satu hari tu membe aku tengah tengok ramalan cuaca untuk Jordan...pastu dia cakap

"Ala esok salji tak turun la kat Irbid..."

aku pon cakap

"Kalau Allah nak turunkan salji nanti turun jugak esok..."

maka dia pon menjawab dengan tegas

"Tak.... ini ramalan cuaca berdasarkan kaedah sains...kalau dia cakap tak turun salji memang tak akan turun salji esok..."

Astaghfirullah...memang fahaman aqeedah kita masih sangat sangat sangat lemah...

Listen bro...katalah ko belajar sains bahawa api itu sifatnya panas dan boleh membakar...tapi ko perlu qasad bahawa api itu bersifat panas dan boleh membakar HANYA dengan izin Allah...kalau Allah nak jadikan api itu sejuk maka ia akan menjadi sejuk walaupun bertentangan dengan sains dan hukum alam...dan itulah yang terjadi kepada nabi Ibrahim...

bila orang cakap kat ko:-

"Kalau Allah nak jadikan api tu sejuk maka api itu akan jadi sejuk"

maka jangan sekali-kali ko reply:-

"eh...mana boleh...apalah u ni tak belajar sains kew...api tu kan mempunyai tenaga haba yang berdegree-degree celcius pansnye taw...eeiiii...apalah u ni tak saintifik taw...bencila I...hmmmphhh"

kerana itu adalah ayat yang bangsat yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang muslim.Begitulah jugak pasal ramalan cuaca. (Kalau korang dengar ramalan kaji cuaca kat radio arab penyampai tu mesti akan sebut insya Allah atau biidznillah (dengan izin Allah) ...contohnya.."hari esok diramalkan hujan di Irbid dan Amman dengan izin Allah"...tengok macamana mereka harmonikan sains dan agama...apasal orang melayu susah sangat nak faham benda basic camni?)

Itu semua sebenarnya adalah perkara yang sangat basic dalam ilmu aqeedah tapi kita gagal memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan...

berdasarkan contoh-contoh yang aku bagi maka jelas bahawa kita sebenarnya masih belum mengenal Allah walaupun ada PhD, ada latar belakang pendidikan agama dan sebagainya...Dan ingatlah wei...masalah ini adalah masalah yang besar kerana boleh membawa kepada murtad...

So nasihat aku sama-samalah kita mendalami perkara pertama ini iaitu menuntut ilmu mengenal Allah, mengenal nabi dan mengenal agama...

Dan aku tahu sebahagian dari korang akan wat tak peduli dan tanak berusaha untuk mendalami ilmu yang aku sebutkan tadi...tapi aku percaya sebahagian dari korang akan memulakan langkah untuk mengubah diri untuk mendalami ilmu untuk kebaikan diri dan umat Islam...maka beruntunglah mereka yang mendapat manfaat dari apa yang aku tulis ni...dan lebih beruntunglah mereka yang mengamalkannya...

apa-apa pon nasihat aku ingatlah kata-kata ini

JANGANLAH ANGKUH HAI INSAN LEMAH

Untuk memudahkan korang mengingati kata-kata ini gunakan mnemonic "JAHIL"
J= janganlah
A= angkuh
H= hai
I= insan
L= lemah

bila ko ingat yang ko jahil ko akan ingat kata-kata tersebut...so janganlah angkuh untuk menuntut ilmu mengenal Allah, mengenal rasul dan mengenal agama....

bersambung............
_______________________________________________________________


Guide Us To The Straight Way (Introduction)

Introduction

Beberapa bulan yang lepas aku ada tengok satu video islamic (wah wah wah...bunyi cam mat blogger alim la pulak...padahal perangai cam sial) yang agak best kat youtube... aku dah tak ingat video apa sebenarnya..tapi yang aku nak ceritakan kat sini ialah..lepas aku tengok video tu kan aku masukla channel brother yang upload video tu...sebab aku nak tengok kot-kot ada video-video lain yang best yang dia upload...pas aku masuk aku tengok la profile dia...dari situ aku dapat tahu yang dia adalah orang Sweden...dan berdasarkan video-video yang dia upload aku rasa dia tu seorang muallaf...alhamdulillah...aku pun bookmark la channel beliau...

Tak berapa lama lepas tu aku pun masuk balik channel brother tu...tapi alangkah terkejutnya aku kerana video-video beliau sudah berubah...dah takde video-video Islamic...kali ni semua video yang dia upload adalah video-video yang menghina dan mengecam Islam...kebanyakannya berkaitan terrorist...dan ada juga video-video 'ceramah' Christianity yang diupload oleh beliau...gambar kat profile dia pun menunjukkan lambang salib...
"Eh...mamat ni dah murtad ke?" tanya aku dalam hati... aku pun cek balik bookmarks takut tersalah masuk channel orang lain...cek punya cek memang confirm itu channel budak Sweden yang aku bookmark dulu...memang dia dah murtad(berdasarkan video-video dan gambar salib kat profile beliau)...

Aku pun berdoalah dalam hati agar Allah bagi hidayat kepada brother tu...tu je la yang aku buat... langsung tak ambik langkah nak dakwah dia ke...memang hampeh tol aku...

Sejak hari tu aku dah tak masuk channel dia dah...dah berbulan-bulan...sehinggalah beberapa hari yang lepas...aku tergerak hati nak masuk channel brother tu... dan sekali lagi aku terkejut bila tengok video-video beliau...berubah lagi! kali ni dia upload video-video Sheikh Ahmad Deedat (rahimahullah) pula dan juga beberapa video tentang orang kristian yang masuk Islam...gambar kat profile dia pun dah berubah dari gambar salib kepada gambar
Ahmad Deedat...maknanya dia dah kembali kepada Islam...alhamdulillah...harap-harap lepas ni jangan la berubah lagi...aku dah penat terkejut...

Apa motif aku cerita benda ni?

aku tanak cakap banyak...kali ni aku nak sentuh pasal

MURTAD

sila jangan rasa bosan

Korang tahu tak apakah punca berlakunya murtad? Apa? Korang tak tahu? Takpe-takpe mari kita sama-sama mentahukan diri kita (argh...macam orang gila je ayat aku ni)

Sekarang tenangkan fikiran kamu.......

Izinkan aku membawa fikiran korang ke zaman 1400 tahun dahulu...

Masih ingatkah korang akan kisah Saidina Bilal bin Rabah r.a...? bagaimana beliau diseksa dengan begitu dasyat agar meninggalkan agama Islam... masih ingatkah korang akan kisah keluarga Yasir..? yang diseksa dengan begitu dasyat dan teruk sampai mereka syahid...
Walaupun seksaan yang mereka terima begitu dasyat...lebih dasyat dari seksaan terhadap tahanan EYE AS A namun iman mereka tetap teguh...tidak goyah sedikit pun bahkan kalimah "Ahad...Ahad" jua yang keluar dari mulut mereka...

Tapi cuba lihat pula hari ini...di Malaysia seramai lebih 200 000 orang telah memohon untuk menukar agama termasuklah kes lina Joy yang femes tak lama dulu...
Tahukah korang bahawa takde sorang pun yang seksa Lina Joy dan 200 000 orang itu untuk murtad... tapi mereka dengan rela hati dan riang ria keluar dari Islam...dan mereka juga selamba ayam je buat permohonan untuk murtad...

so... soalan cepu emas kita pada hari ini ialah...

[ Apakah punca utama mereka murtad? ]

"Mungkin disebabkan gerakan dakyah orang kafir dan usaha mereka untuk memurtadkan orang Islam begitu aktif."

Oh, ye ke? bak aku bawa fikiran kamu ke zaman 1400 tahun dulu sekali lagi...

ingatkah korang akan peristiwa perang Uhud..?yang mana tentera Islam yang pada awalnya menang tapi tumpas juga kerana segelintir tentera Islam melanggar arahan Rasulullah supaya tidak berganjak dari kedudukan asal mereka...

selepas kekalahan itu datanglah 2 org Yahudi menemui Ammar bin Yasir dan Huzaifah bin Al-yaman lalu berkata “Adakah kamu tidak melihat kekalahan tentera Islam, kalau kamu berada di dalam kebenaran, nescaya kamu tidak akan kalah. Maka dengan demikian, kembalilah kepada agama kamu yang asal, kerana agama asal kamu itu adalah agama yang lebih baik untuk kamu, dan kami adalah manusia yang lebih berada dalam jalan yang benar”

Maka berkata Ammar bin Yasir;

فإني قد عاهدتُ ألاّ أكفر بمحمّد (ص) ما عشتُ

“Aku telah berjanji, tidak akan mengkufuri Muhammad selama aku hidup”.

Adapun Huzaifah bin Al-Yaman berkata;

فقد رضيت بالله ربّاً وبمحمّد نبيّاً وبالإسلام ديناً وبالقرآن إماماً وبالكعبة قبلة وبالمؤمنين أخواناً

“Sesungguhnya aku redha Allah menjadi tuhan, Muhammad menjadi Nabi, Islam menjadi agama, al-Quran menjadi Imam (ikutan), Kaabah sebagai qiblat, orang mukmin sebagai saudara”

Ini baru satu contoh.. sebenarnya ada banyaaak lagi kisah-kisah lain di mana orang-orang kafir cuba untuk menimbulkan keraguan dalam hati orang Muslim akan kebenaran agama Islam... Sekarang korang nampak tak? Usaha untuk memurtadkan orang Islam telah berlaku sejak dulu lagi...tapi takde effect pun kepada para sahabat...

------------------------------------

"Mungkin disebabkan sistem perundangan yang lemah.."

I see...tapi cuba ko lihat kembali kes Lina Joy... bila mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan Lina Joy tukar status agama Islam pada kad pengenalan maka sume bergembira..."yeay!yeay! takbirr!!Allahu Akbar....Alhamdulillah..."begitulah sorakan umat Islam yang mendengar berita keputusan mahkamah itu...
Lepas bersorak diorang pun meneruskan kehidupan harian seperti biasa...bangun pagi, makan, gi keje, balik rumah semula, makan, tengok tv, skodeng anak dara jiran sebelah, tido, pastu bangun balik esok...macam tu la hidup diorang hari-hari... kehidupan seorang yang celaka...dia dah rasa selesa sebab orang dah takleh nak tukar status agama Islam di kad pengenalan lagi dah...seolah-olah kes murtad sudah selesai...betul kata pengetua aku dulu ... "MELAYU ADALAH BANGSA YANG BANGSAT!"
Ko ingat bila dah ada undang-undang yang tak membenarkan orang Islam menukar status agama pada IC ko dah boleh berpuas hati...ko ingat lepas mahkamah buat keputusan tu Lina Joy ngan 200 000 orang yang buat permohonan untuk murtad tu akan insaf dan menjadi muslimin sejati?

THINK MAN! THINK! USE YOUR BRAIN IF YOU HAVE ONE!

Diorang murtad bukan sebab dakyah kafir yang begitu aktif...dakyah kafir memang sudah wujud dari dulu lagi tapi takde beri kesan pun kepada para sahabat r.a.

dan Lina Joy n the Gang murtad bukan kerana tiada sistem perundangan yang kuat...lihatlah kisah Bilal dan keluarga Yasir r.a...adakah mereka sanggup diseksa begitu dasyat kerana mereka takut dengan undang-undang murtad?

Mereka murtad sebab kejahilan mereka tentang Islam...sebab apa mereka jahil?
sebab aku dan korang semua tak laksanakan tanggungjawab untuk berdakwah...untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam...
dan juga kerana ramai antara kita yang hanya tahu beranak saje...tapi langsung tidak mendidik anak untuk mengenal Allah dan memahami Islam dengan sebetulnya...maka anak membesar dalam keadaan tidak mengenal tuhan dan tidak memahami agama...takde beza antara mereka dengan binatang... yang hanya tahu beranak banyak gila tapi tak pernah pun ajar anak mereka tentang agama...

--------------------------------

So jawapan kepada soalan cepu emas kita...

[ Apakah punca utama mereka murtad? ]

ialah...

KEJAHILAN


sila fahamkan gambarajah di bawah:



bak aku bagi satu contoh...dulu aku pernah tengok satu video sorang murtad dia bagi ceramah kepada sekumpulan orang kristian...dia cakap lebih kurang camni...

"Saya keluar dari Islam kerana Islam bukanlah agama yang benar...kerana umat Islam tiap kali solat mesti membaca 'ihdinassirotol mustaqim' yang bermaksud tunjukkanlah kami jalan yang lurus (Guide Us To The Straight Way- Surah Al-Fatihah ayat 6)...inilah yang diajar oleh Muhammad...lihatlah tuan-tuan, Muhammad sendiri tidak yakin dengan agamanya...kalau Islam itu agama yang benar kenapa harus diminta untuk tunjukkan jalan yang lurus..."

itulah alasannya...aku rasa budak darjah satu pun boleh patahkan hujah yang sebegini rapuh...

dan aku sangat sangat sangat sangat tak faham dan pelik...kenapa kau pergi masuk kristian padahal kalau ko baca bible pon ko akan jumpa bahawa Nabi Daud ajar benda yang sama...
bak aku copy paste dari kitab bible online...

(Psalm 25)

1To you, O LORD, I lift up my soul;

2 in you I trust, O my God.
Do not let me be put to shame,
nor let my enemies triumph over me.

3 No one whose hope is in you
will ever be put to shame,
but they will be put to shame
who are treacherous without excuse.

4 Show me your ways, O LORD,
teach me your paths;

5 guide me in your truth and teach me,
for you are God my Savior,
and my hope is in you all day long.

See...tanya balik diri ko "Kalau agama nabi Daud itu benar kenapa bila berdoa kepada Allah dia still mintak supaya Allah tunjukkan jalan kebenaran kepada dia...?agama yang nabi Daud anuti itu tak benar lagi ke ha?"
adakah ayat bible ini yang silap...? atau adakah ayat al-quran yang silap...?atau kedua-duanya silap? NO...ko yang tak faham dan jahil tentang al-quran pastu bila timbul ragu-ragu ko terus murtad dan masuk kristian..padahal Kitab Bible ajar benda yang sama...

JOKE MAN...! JOKE! IT DOESN'T MAKE ANY SENSE!

Inilah yang akan terjadi bila ko jahil tentang Islam...macam jugak cerita brother youtube yg aku cite awal-awal tadi...bila tak faham maka timbullah ragu-ragu...bila ragu-ragu maka mudahlah syaitan masuk dalam hati...kau sepatutnya mengatasi ragu-ragu itu dengan belajar dan mengkaji...bukannya ambil keputusan untuk murtad...

Kalau ko betul-betul faham dan arif tentang Islam maka akan lahirlah aqidah yang mantap dan ko akan yakin dengan kebenaran Islam...bila dah macam tu tak kisah lah orang nak campak ko ke mana-mana pun...ke tempat yang dakyah kafir aktif gila bangkong ke....ataupun ke negara yang tak ada sistem perundangan berkaitan murtad sekalipun insyaAllah ko takkan murtad...

Dan sebagai akhirnya aku ingin bertanya kepada diri aku dan pembaca2 blog bosan aku...

"MAHUKAH KAMU MEMAINKAN PERANAN UNTUK MENYEBARKAN DAN MENEGAKKAN KALIMAH
لا اله الا الله محمد رسول الله
DAN MENANGANI GEJALA MURTAD INI?"

Sekian introduction.